Jika anda seseorang yang mempunyai banyak fail-fail peribadi atau sulit eloklah anda menggunakan software ini kerana ianya amat berguna sekali untuk melindungi fail peribadi anda daripada diceroboh oleh pihak lain samada kawan-kawan, saudara atau rakan sekerja.
Apa yang anda perlu lakukan adalah meletak fail-fail peribadi anda di dalam sebuah folder dan gunakan software ini untuk mengunci folder tersebut menggunakan kata laluan. Software ini juga selamat dan mudah digunakan. Jika anda terpaksa format pc anda, anda hanya perlu install semula software tersebut dan folder yang dikunci tetap boleh dibuka semula.