Contoh Gambar dalam Album Korang dan Front Page Untuk Register
Bagi anda semua yang meminati bidang photograhy atau mungkin yang suka bergambar, tentu korang mempunyai banyak koleksi gambar yang perlu disimpan. Jika komputer anda mempunyai kapasiti storan yang rendah sudah tentu sukar untuk menyimpan gambar digital anda dengan kuantiti yang banyak. So dekat sini aku nak cadangankan satu website yang aku gunakan untuk simpan gambar digital, video dan seumpamanya. Website ini boleh digunakan secara percuma atau berbayar. Tapi kat sini aku nak ceritakan yang percuma saja. Kalau kena bayar, mesti korang semua tak berminat kan.
Pendaftaran untuk membuka account sangat mudah dan kurang dari satu minit sahaja dan selepas itu korang boleh upload gambar korang. Untuk pengetahuan korang, satu account percuma boleh menyimpan sehingga 500 keping gambar dan korang boleh daftar sebanyak mana account yang anda suka dengan menggunakan alamat email yang sama. Tidak seperti picture hosting yang lain, 1 email hanya untuk 1 account sahaja. Jadi jika anda mendaftar 5 account anda boleh menyimpan kira-kira 2500 keping gambar.
Korang juga boleh upload terus gambar menggunakan"Drang-n-Drop Uploader" untuk upload gambar dengan kuantiti yang banyak dan pantas. Korang boleh jadikan gambar korang peribadi atau untuk tontonan umum. Gambar yang diupload akan dipamerkan mengikut tarikh dan korang juga boleh kongsi gmbar di friendster,blog, myspace dan lain2. Yang paling penting gambar atau kenangis manis korang selamat berbanding korang menyimpan di dalam hard disc pc korang. Silap-silap haribulan terpaksa format hard disc and hilang semua gambar anda. So sebelum hilang simpan pic korang secara online... more save and safe
Hanya perlu " Drag N Drop " untuk upload gambar sehingga 500 keping dalam satu masa.
(lihat gambar sebelah)