

Jom ramai-ramai masuk website ni....dan bantulah anak-anak malaysia kita... aku tak nak cerita panjang lebar, kalau anda rakyat Malaysia, jom masuk website ni dan lihat sendiri....
Flock - the browser for people who like to be connected
Posted by Kuriee Labels: Artikel, Web Browser, WebsiteFlock - the browser for people who like to be connected
So apa tunggu lagi. Anda hanya perlu download secara percuma diwww.flock.com
Bagi anda yang menggunakan free webhosting atau free subdomain dah tentu anda memiliki domain name yang panjan dan sukar dinggati oleh pengunjung web site atau blog anda. Sekiranya domain anda pendek dan ringkas, ini akan menjadi satu faktor website anda selalu dilawati kerana pengguna mudah menghafal atau ingat akan alamat website anda. Oleh itu, apa kata anda ringkaskan website anda menjadi satu nama yang pendek seolah-olah domain name profesional. Sebagai contoh lihat di bawah :
Diringkaskan :
www.kuriee.tk
(Anda boleh klik pada kedua-dua link diatas untuk melihat website yang sama)
Lihatlah berapa banyak perbezaannya dan hampir 50% pengurangan huruf yang digunakan. Perkhidmatan ini dipanggil URL RENAMING AND REDIRECTION. Perkhidmatan ini adalah percuma dan mudah. Anda hanya perlu mendaftar domain seperti yourname.tk dan redirect domain tersebut kemana-mana alamat website atau blog anda yang mempunyai URL yang panjang.
Semudah itu, anda kini sudahpun mempunyai domain name yang sebenar. Walau bagaimanapun sekiranya anda bersetuju menggunakan perkhidmatan ini, satu iklan kecil akan diletakkan pada website anda dan ikan ini tidak akan menjejaskan website anda dan ia hanya sekadar mempromosikan website berkenaan di atas perhidmatan percuma yang diberikan.
Untuk RENAME semula URL anda klik link dibawah
www.dot.tk
Apa Beza Yahoo Mesengger dgn Web Messenger
Posted by Kuriee Labels: Artikel, web messengger, WebsiteAku yakin semua orang dah tahu apa itu Ym dan tak nak lagi cerita tentang YM ni. Apa yang aku nak ceritakan adalah mengenai WEB MESENGGER yang hangat digunakan pada masa kini. Fungsi Web Mesengger ini sama seperti YM dan bezanya anda tidak perlu menginstall perisian untuk chatting berkenaan. Ianya amat mudah dan anda boleh terus berchatting biarpun tanpa menginstall MSN atau YM. Anda hanya perlukan sambungan internet dan terus boleh gunakan WEB MESENGGER ini. Kebiasanya web mesengger ini membenarkan anda menggunakan mana-mana ID seperti Yahoo, MSN, AOL, Skype, Google Talk, AIM dan sebagainya. Apa yang anda perlukan adalah ID salah satu daripada senarai diatas.
Cara menggunakan WEB MESENGGER adalah sama seperti YM. Anda hanya perlu masukkan password dan username dan anda boleh terus berchatting dengan rakan-rakan anda. Malah WEB MESENGGER juga membenarkan online lebih dari satu ID. Misalnya adan mempnyai 3 ID seperti yahoo, msn dan aol. Anda hanya perlu tambahkan id pada akaun anda dan kesemua id akan online serentak. Lebih mudah dan cepat.
Dibawah ni aku senaraikan beberapa web mesengger yang aku guna dan berfungsi dengan baiknya. Anda bolehlah mencuba salah satu daripada web mesengger berkenaan. Selain dari chatting anda juga boleh berkongsi fail, video chat, game online dan sebagainya dengan rakan-rakan anda.
- Meebo
- E-Buddy
- ILoveIM
- Mabber
- MessengerFX
- KoolIM
- Instant-T Express Messenger
- Imhaha
- RadiusIM
- IMO
- IMUnitive.com
- EasyMessenger
- Goowy
- Wablet
- Communication Tube
- Flick IM
- MSN 2 Go
- Air Talkr
Hosting Percuma Untuk Website Dan Blog Anda
Posted by Kuriee Labels: Artikel, Free WebHosting, WebsiteKepada sesiapa yang berminat untuk memiliki hosting sendiri untuk kegunaan website atau blog peribadi, anda bolehlah menggunakan webhosting percuma yang menyediakan kemudahan cpanel untuk anda dengan percuma. ( kebiasaannya cpanel hanya untuk webhosting berbayar sahaja). Dengan adanya cpanel ini anda boleh install perisian seperti wordpress, forum, bbforum, os commerce, post nuke, xoops, mambo, php wiki, php chat dan banyak lagi. Cara menginstall perisian ini sangat mudah. Hanya satu klik sahaja dan cpanel akan menginstall secara automatik tanpa perlu mengupload fail ke dalam hosting secra manual.
Package includes:
- 250 MB of Disk Space, 100 GB Bandwidth
- Host your own domain (http://www.yourdomain.com)
- cPanel Powered Hosting (you will love it)
- Over 500 website templates ready to download
- Free POP3 Email Box with Webmail access
- FTP and Web based File Manager
- PHP, MySQL, Perl, CGI, Ruby.
- And many more..
Untuk daftar sila klik register atau banner dibawah dan klik pada Order Now
pada website webhosting tersebut untuk pendaftaran.
CLICK HERE FOR REGISTER
*Bagi anda yang tidak mahir menggunakan webhosting, saya ada sediakan tutorial khas yang boleh dilihat secara online yang terdapat seperti dibawah. Tutorial ini menunjukkan secara ringkas bagaimana untuk mendaftar dengan webhosting dan memasang perisian blog seperti wordpress menggunakan cpanel. Untuk sebarang masalah berkaitan pendaftaran, sila hubungan saya melalui email atau YM . Saya sedia membantu. Email bantuan kuriee@msn.com
Hitam dan kilauaannya menambat hati aku. So terpaksalah beli walaupun pada mulanya aku bercadang nak beli jenama acer. Tetapi memandangkan design Acer yang kurang cun dan ala kewanitaan dan kebudak-budakkan, tak jadilah aku beli..... haaa.. pengguna Acer jgn marah nyer... ni komen aku jer... lagipun Design latest Acer sekarang bewarna putih. So aku tak minat sangat. Hehee...... So lepas ni bolehlah aku update selalu blog ini untuk korang semua....
Gambar kat atas tu tempat aku berkarya and mencari ilham lah untuk postkan entry2 terbaru untuk korang. kalau korang nak tahu..... kadang-kadang berjam-jam aku lepak kat situ.... budak2 rumah aku dah bising-bising dengan aku...hahah.... so apapun aku nak ucapkan TQ pada korang semua yang jadikan kuriee.blogspot.com sebagai teman setia anda dan tempat lepak korang.... oklah.. aku nak upload software terbaru untuk korang... tunggu yer..... byeeeeeee
Sedih aku baca petikan kat bwah ni..... kejam betul kalau ada peempuan yang layan elaki macam ni.. so bacalah and ambil iktibar yer.....
Kalau lelaki handsome pendiam
> Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
> kalau lelaki tak handsome pendiam
> Perempuan akan cakap: eh perasan macam bagus...
>
> kalau lelaki handsome berbuat jahat
> Perempuan akan kata: nobody's perfect
> kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
> perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!
>
> kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
> perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
> kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
> Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...
>
> kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
> perempuan akan kata: sepadan sangat...
> kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
> perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!
>
> kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
> perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
> kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
> perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
> meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja
luarannya)...
>
> kalau lelaki handsome penyayang binatang
> perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
> kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
> perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus
menyayangi...
>
> kalau lelaki handsome bawa BMW
> perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
> kalau lelaki tak handsome bawa BMW
> perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...
>
> kalau lelaki handsome tak mau bergambar
> perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
> kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
> perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...
>
> kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
> perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
> kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
> perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....


Korang perasan tak...setiap kali korang masuk ke laman frinendster.com sejak dua,tiga hari lepas mesti ternampak si iklan nokia ini. Sebanarnya aku dah jatuh hati dengan kekacakan Nokia 5610 XpressMusics ini. Sejak melihat nokia ini aku dah mula tertarik dan termimpi-mimpikan si nokia ini. Agaknya bilalah aku boleh merasa hanphone ni. Memandangkan bajet "ciput" , tangguhkan dululah niat di hati ini.
Apa yang membuat aku tertarik adalah warnanya kerana ia menggabungkan ketiga-tiga warna kesukaan aku tak lain dan tak bukan Jingga, Merah dan Hitam (sama seperti header blog ini). Sebab itulah aku tertarik sangat dan menjadi pujaan hatiku. Jadi kalau ada sesaper yang nak sponsor handphone ini kat aku, amat-amatlah dialu-alukan. haaa... Kalau korang nak tahu spesifikasi Norkia 5610 ni, carilah dekat google ok...aku dah tak larat nak tulis.
Lihat Spesifikasi
Aku nak perkenalkan kepada anda semua satu keluaran terbaru untuk pengguna ipod dan iPhone yang memamng penuh bergaya dan canggih. Iring ini dikeluarkan oleh sebuah syarikat yang tidak asing lagi, iaitu Apple Corp yang memang raja kepada gadjet2 elektronik masa kini. Baru-baru ini dengan bangganya, Apple mengeluarkan iRing yang boleh mengawal gajet seperti iPod dan Iphone dari jauh menggunakan Bluetooth connectivity.
iRing membenarkan anda untuk mengawal rakaman dan volume ke atas apa-apa gadjet Apple sebagai alat perantaraan. Sama seperti namanya, gajet ini berbentuk seperti cincin (ring) tapi bukan The Lord Of The Ring ok. Ini lebih power lagi. Bentuk cincin ini sangat futuristik dan disambung tanpa wayar. Ianya dikeluarkan dalam dua warna iaitu hitam dan putih. dan pada iRing tersebut juga terdapat lampu LED berwarna biru yang pasti menarik pandangan ornag lain apabila anda memakainya. Apa yang boleh dibanggakan , ianya boleh digunakan selama dua hari berturut-turut dan mempunyai alat cas sendiri. Bagi yang berminat untuk memiliki iRing ini pastikan anda mempunyai Iphone atau iPod terlebih dahulu. Kalau tak, iRing ini tak berguna untuk anda.




